Wednesday 25 July 2012

Hari Koperasi 2012 SMKTAR

 Pelajar sedang menjual barangan

Pelajar Tingkatan 3


Pelajar Tingkatan 6

Kejohanan Olahraga 2012 SMKTAR

Rumah Laksamana

Rumah Temenggung

Rumah Syahbandar

Rumah Bendahara

PKBM

Peserta-peserta

PKBM

Senarai Nama Tingkatan 1-6 SMKTAR

Tingkatan 1
1 Bestari 
  1 Dedikasi
1 Ikhlas
1 Elit
  1 Harmoni

Tingkatan 2
2 Bestari
   2 Dedikasi
2 Ikhlas
2 Elit 
    2 Harmoni

Tingkatan 3
3 Bestari
   3 Dedikasi
  3 Amalan
3 Ikhlas
3 Elit 
    3 Harmoni

Tingkatan 4
4 Sains
      4 Ekonomi
   4 Akaun 
4 MPV
            4 Perdagangan

Tingkatan 5
5 Sains Hayat
  5 Sains Fizikal
5 Akaun
5 MPV
  5 Perdagangan

Tingkatan 6
6 SKP ( B )
6 GEP ( B )
6 SBP ( B )
6 SKP ( A )
6 GEP ( A )
6 SBP ( A )

Senarai Nama SMKTAR

Tahun         Nama  
1949           Encik V. M. Francis
1952           Encik K. Ponnudurai
1956           Encik Hajah Putih Bin Hajah Tahir
1960           Encik P. Kanth Swany
1962           Encik V. Krishnan
1969           Encik Harbajan Singh Sidhu
1980           Encik Sulaiman Bin Kasim PJK
1988           Encik A. Tavamani PJK
1991           Encik Hajah Abdul Rahim Bin Ahmad
1999           Encik Khoo Bon Nam
2001           Encik Mohan Singh A/L Shamir Singh
2004           Encik Mohd Isah Bin Ismail
2007           Puan Hajah Sakdiah Binti Saleh

Tuesday 24 July 2012

Lagu Sekolah SMKTAR

Kami murid STAR berikrar
Berusaha tekun belajar
Ilmu dan sukan menjadi amalan
Itulah jadi panduan

Segala bangsa berganding bahu
Maju dan bersatu padu
Marikan bergotong-royong selalu
Semangat luhur dan jitu

Hari demi hari berganti
Tahun demi  tahun menjelang
kemajuan tercapai pasti
Penuhkan masa terluang

Cita-cita kami tinggi menjulang
semangat nyala berapi
Dari itu masa jangan dibuang
Kitakan berjaya nanti

Logo SMKTAR


Ombak   : Ilmu
Padi        : Perpaduan
Harimau : Berani
Merah    : Kemajuan
Biru        : Keharmonian dan Kesejahteraan
Kuning   : Kesetiaan 

Monday 23 July 2012

Visi & Misi SMKTAR

Visi

                       Sekolah unggul penjana generasi terbilang

  Misi 

Membangunkan potensi individu melalui pendidikan berkualiti

Sejarah SMKTAR

       Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman, Gemas mengambil nama sempena nama Yang Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Tuanku Muhammad. Nama asal sekolah ini ialah Tuanku Abdul Rahman English, Gemas.  

      Pada tahun 1943 hingga 1948, sekolah ini ditadbir oleh pihak swasta dan mempunyai peringkat sekolah rendah dan menengah. Ketika itu, tapak asal sekolah ini terletak di sebuah bukit berhampiran dengan Jalan Cantik, Jalan Damai, dan Jalan Molik, iaitu berdekatan dengan kawasan perumahan pengawal Keretapi Tanah Melayu Malaysia Berhad (KTMB), Gemas.
  
      Pada tahun 1949, sekolah ini telah diambil alih oleh pihak kerajaan dan dipindahkan ke bangunan barunya iaitu di belakang Kuil Hindu iaitu menghadap ke Padang Keretapi Tanah Malaysia Berhad (KTMB), Berhad. Upacara perasmian bangunan sekolah Almarhum Tuanku Abdul Rahman yang baru dibina disempurnakan oleh Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Tuanku Muhammad pada tahun 1949. Encik V.M. Francis adalah pengetua sekolah ini yang pertama.
 

      Pada tahun 1952, sekolah ini telah dipindahkan ke bangunan baru iaitu di Jalan Tok Sulong di mana terletaknya Sekolah Rendah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman, Gemas yang ada sekarang. Sehingga tahun 1967, sekolah ini masih mempunyai gabungan sekolah rendah dan menengah. Pada awal tahun 1968, bangunan khas untuk Sekolah Menengah Tuanku Abdul Rahman, Gemas siap dibina. Bangunan ini telah dibuka secara rasminya oleh Tan Sri Mohd. Khir Haji Johari pada hari Isnin bersamaan 7 Oktober 1968. Sebenarnya perancangan awal pembinaan sekolah ini adalah di atas Bukit Masjid, Gemas tetapi memandangkan kos dan masa pembinaannya yang terhad, makalokasinya beralih ke padang sekolah di mana letaknya Sekolah Menengah KebangsaanTuanku Abdul Rahman, Gemas sekarang.

Pengenalan SMKTAR

     Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman Gemas terletak lebih kurang 2 km daripada keretapi Gemas. Sekolah ini mula ditubuhkan pada tahun 1947. Sekolah ini terdiri daripada 80 orang guru, 16 orang staf sokongan dan 997 orang murid. Pengenda baru SMK Tuanku Abdul Rahman Gemas mempunyai 34 bilik darjah, 1 perpustakaan, 1 koperasi, 1 bilik wayangan, 2 dewan, 1 makmal komputer, 1 makmal sains, 8 bengkel KHB, 1 bilik seni, 1 bilik bimbingan dan kaunseling, 1 bilik guru, 1 bilik ketua bidang, 1 pejabat sekolah, 6 bilik agama, 1 padang, 6 gelanggang permainan, 1 kantin, 1 surau, 1 bilik rawatan, 2 stor sukan dan lain-lain lagi.

     Pelajar sekolah ini terdiri daripada pelajar pendidikan khas, pelajar Tingkatan 1 hingga pelajar Tingkatan 6 Atas. Sehingga kini, keputusan peperiksaan am sekolah inni semakin meningkat dan pencapaian sekolah inni amat menbanggakan kerana sekolah ini merupakan antara sekolah lain di daerah Tampin.